terlalu cinta

Thursday, February 17, 2011

kegilaan ini membunuhku

putus asa....putus asa...
kegilaan ini membunuhku

drama ini aku mulakan, 
harus aku akhirkan, 
tapi harus bagaimana?

jauh dalam hati ini mau kau terimaku, 
kerana aku saja yang mampu mengubat luka parahmu itu
tapi kau ujiku dengan masa
sesuatu yang menuntut kesabaranku,
aku lemah dalam urusan itu
ini penderaan
kegilaan ini membunuhku,

haruskah aku berputus asa? 
sedang di benakku akan sentiasa ada namamu?
lekaslah kau buka setidak-tidakknya satu pintu dalam hatimu,
agar aku bisa teduh & sandarkan harapan

memang benar kawan,
kegilaan ini membunuhku
tapi aku percaya, 
bahwa aku & dia sudah tertulis untuk bersama!

Wednesday, February 16, 2011

hakikat

selalu juga aku tertanya. KENAPA SEMUA INI TERJADI KAT AKU?

hari ini hari sedihnya, aku dapat rasa. sudah 2 messages dia hantar dan berbunyi kesedihan. aku dapat rasa. dan tadi aku gatal tangan cuba bertanya dan cuba juga call. SILAP BESAR. aku tak patut buat tu semua. aku tak tahu apa yang berlaku kat dia sejak aku tutup FB. Dia pun x pernah bercerita. Resahnya aku, tuhan saja yang tau. Nak memiliki dia, mustahil tahap dewa. Nak mencintainya, cukup dalam hati saja. Amat mustahil aku akan jadi pendengar setia dia. Dia sendiri tak mahu aku libatkan diri dalam hal peribadi dia. Tapi entah kenapa gerak hati aku cukup kuat mengatakan yang dia sebenarnya terluka, dan amat jauh di dalam hati dia, dia memerlukan seorang peneman. apalah masalah dia agaknya? bergaduh dengan bapak dia lagi? atau masalah ex dia yang tak sudah-sudah tu? kalau ya, aku harap kesedihan ni sebagai satu proses untuk dia terus tinggalkan mamat tu. aku pernah menasihatkan, dan aku harap dia bertindak.

Tapi mamat yang dia kata sudah menawan hati dia tu, apa agaknya tindakan dia. Bahagiakah dia dengan mamat tu? Aku pun tak kenal mamat tu, dan aku tak tahu nak harapkan apa, selain nak dia bahagia....aku tetap rasa dia hanya sesuai dengan aku, bukan dengan mamat tu. Aku dapat rasakan suatu hari mamat tu akan melukakan dia. entah2 mamat ni yang buat dia bersedih dua tiga hari ni tak?

Kenapa semua ini terjadi kat aku? Sudahlah bertepuk sebelah tangan, masih tak nak mengalah, masih belum berputus asa dan kini aku mendera perasaan sendiri (dulu aku pernah marah dia buat mcm ni). Tapi aku terpaksa, aku nak dia tahu yang aku betul betul ikhlas mencintai dia, dan aku tak tahu nak buat apa lagi...pagi petang siang malam aku asyik teringatkan dia, kepastian yang aku rasa wujud antara kami tu masih ada dalam otak aku. Aku tak boleh tinggalkan semua ini separuh jalan. Aku mesti berusaha dengan gigih dan takkan sekali kali berputus asa. 

Beri dia waktu. itu saja. dan aku....biarlah kesepian sendiri







Kau warnakan hidup aku. Kosongkah hidup kau kalau macam tu?

SMS Feb 15 7.08am
[Hidup ni misteri & aku tahu ramai orang nak jadi misteri. Kalau jadi misteri, lagilah orang nak fikir sal kita]

SMS Feb 15 5.50pm 
[Bercakap, bertindak, belajar & cari hala tuju, kalau Chemat kurang dalam hal2 ni carilah seseorang yang boleh melengkapkan Chemat]

Hampir dua hari dia tak reply messages aku. Dan aku tak pernah putus asa.Aku tau dia baca dan dia simpan. Itu dah cukup. Aku tau dia faham dan dia berilti. Cukup sekadar itu. Aku takkan percaya kalau betul dia delete saja SMS's aku sebab aku tau dia bukan mcm tu. 

Entah kenapa tadi time aku ziarah kawan sakit kt Glenneagles Intan Hospital, dia reply text aku. 

[Hidup aku akan terseksa sampai bile pun aku tak tau. Hidup aku x ada hala tuju, hidup aku kosong cuma ditambah sikit rasa happy dan ditambah seribu rasa keperitan. Mungkin inilah takdir hidup aku]

Aku tersentak dengan SMS dia ni. Tersentak sebab akhirnya dia reply, dan kali ni dia dah mula selesa nak meluahkan perasaan kat aku. Aku tahu chemat hatinya kering, tapi aku sangat sangat masak kalau aku kata aku tahu macam mana nak guide dia. Sikit punya hal. 

Chemat yang aku kenal sering merendah diri, sering rasa dia tak cukup bagus. Tapi aku tahu dia bijak dalam mengurus dan dia sangat bertanggungjawab. Orang buta saja yang tak tahu menghargai kesungguhan, ketanggungjawaban seorang Chemat. Aku nampak semua tu dan aku hargai. 

Aku tak menilai dia, maksud aku aku tak memandang dia dengan rasa tertentu. Dia dan aku sama, in fact semua manusia sama di mata Allah. Aku cuba fahami dia menurut perhubungan aku dengan dia. Ya aku nampak dia kurang komunikasi, kurang bercakap sebab tu dia jadi memendam rasa. Dia jarang nak bercakap soal hati dan masa depan dia secara terbuka. Suatu ketika dia selesa bercerita dengan aku, dan aku hargai serta cuba gak lah nak bagi input yang baik-baik untuk dia.
Tapi cakap saja tak cukup, aku lihat dia kurang bertindak. Amat takut nak bertindak, segala cadangan aku dia ambil dan simpan saja. Belum tahap dia berani nak bertindak, kalau aku atau sesiapa tak gerakkan, dia takkan bertindak. 

Kenapa dia kurang bercakap dan bertindak? Sebab dia kurang yakin diri atas sebab dia rasa dia kurang pengetahuan. Oh c;mon lah. Ramai jek street smart yang berjaya kat luar sana. Dan atas sebab tu jugak dia tak tahu hala tuju dia. Apa dia nak buat selepas ni, dan apa yang dia nak lakukan dalam rancangan dia. 

Allah tu maha kaya, dia temukan aku dengan orang sebegini, dan aku rasa aku melengkapi orang macam ni. Aku tak tahu di mana datangnya keberanian, tapi aku reply 

[Allah takkan ubah takdir seseorang kalau org tu sendiri x nak berubah. Ko tau x dengan sedikit rasa happy tu saja ko dah boleh padamkan segala perit tu semua? Jangan lemah disebabkan orang lain, aku tau ko kuat dan ramai orang akan selalu dengan kau]

Dia tak reply. So aku jadi bingung gak ar. Ntah apa jadi kat dia. Entah2 patah hati. Harapnya jangan ar camtu. Aku tak nak dia ditipu sesiapa pun, dia budak baik dan dia deserved sesuatu yang baik utk masa depan dia. Tp yalah, macam aku cakap...dia bukan buta, dia just tak nampak. 

[Chemat ok ke x ni? Aku sebenarnya nak fahami ko, mungkin aku silap hrp ko maafkan aku. Apa yang aku cakap berdasarkan perkenalan singkat kita, aku x menilai ko pun, tambahan kita semua sama di mata Dia. 

Chemat kalau ada orang lukakan hati ko, ko luahkanlah. Klu bukan kat aku, ko luahkanlah kat sesiapa yang ko selesa. Wa, jgn mendam & rendah diri sebab diri ko tu tak ternilai, hargailah]

Sebelum tidur aku texted ayat -ayat kat atas. Nak saja aku jerit kat dia bahawa sejak perkara macam ni terjadi kat aku, yakni pertemuan aku dan dia serta tragedi selepasnya, aku dah buat yang terbaik atas 2 benda yang paling aku benci nak lakukan sejak sebelum aku kenal Chemat. Pertama, MENUNGGU. Aku dari dulu tak suka menunggu, tapi demi chemat aku sanggup. BEREBUT, aku dari dulu tak suka berebut, berasak-asak. Tapi entah mana datangnya kekuatan, aku sanggup berebut chemat daripada insan-insan yang nak try dia gak, + yang chemat taruh hati pun ada. Dua ini saja dah cukup buat aku rasa lebih tenang dan berjaya perbaiki diri. Kau warnakan hidup aku. Kosongkah hidup kau kalau macam tu? Chemat aku harap kau faham dan mulakanlah hidup yang baru!





Monday, February 14, 2011

No One Ever Said It Would Be So Hard


Aku pernah tanya kawan-kawan, kalau aku keep going texting dia mcm skarang ni adakah dia akan senang?

SURE DIA RIMAS

Tapi aku degil, aku wat jugak. Aku terus sms dia 4 kali sehari. 1. bangun tidur 2.lewat kul 1 3.lewat petang dan 4.sebelum tidur. Aku nak wat camne? Aku memang x boleh lupakan dia dan aku tambah-tambah yakin yang suatu hari nanti dia akan terbuka hati untuk terima aku dan beri peluang kat aku. 
Semakin hari aku semakin faham dia orangnya mcm mana. Dan macam mana aku nak padamkan nama dia dalam ingatan aku? Kenangan dengan dia tersangatlah manis dan yang pahit tu semua datang dari kesilapan aku. Aku tekad apa yang aku buat sekarang adalah untuk making amend.. Perbetulkan segala silap aku kat dia sebelum ni. 


Tapi takde siapa pun yang bagitau aku, apa yang aku buat ni akan jadi tersangatlah sukar. Aku sentiasa tunggu dia reply msg aku. 1 hari 4 aku hantar dia akan balas 1 saja. Tapi hari ni, langsung x berbalas. Aku jadi resah, gelisah dan entahlah.....ermmmm aku jadi malas nak fikir. 

Yang aku mahu, aku just nak dia tahu aku sentiasa ingat kat dia. 

Wey apa lagi aku boleh buat? Nak datang ke JB lagi sekali hanya untuk disuruh balik cam tu? Mustahil buat masa sekarang. Aku just nak dia tahu kesungguhan aku bukan setakat pergi JB dan jumpa dia, kesungguhan aku bukan untuk sehari dua, kesungguhan aku adalah sesuatu yang aku kene buktikan dengan MASA. 

Bila berurusan dengan MASA ni lah yang buat aku ralat. Setiap hari aku main puzzle. Main jugsaw. main dengan sains dengan masa, dan mencari jawapan bila MASA yang aku percaya tu akan datang. Argh.....Chemat!!! Aku tak boleh buang engkau dari kepala otak aku. Aku lagi yang aku patut buat untuk buat ko ingat kat aku dan sudi terima semula aku dalam hidup ko. 
Ko tau tak yang setiap kali ko balas SMS aku , itulah vitamin terbaik dalam hari aku, itulah benda yang boleh aku tersenyum sepanjang hari, itulah yang buat aku menangis happy. Tapi itu semua takkan terjadi dalam masa terdekat ini. aku fahammmm. Ambillah sebanyak mana pun masa yang ko nak, biarlah aku tunggu pintu hati ko terbukak untuk aku. 

Apa yang patut aku buat? AKU TAK BOLEH PADAMKAN NAMA KO DARI OTAK AKU....

kalaulah aku boleh kembali ke saat pertama kita kenal...











Saturday, February 12, 2011

Kau Aku Kita

Aku tak sempat nak mengenal seorang CHEMAT ni camne, tapi entah kenapa time melukis aku seakan dapat simpulkan dia orangnya mcm mana. Aku tahu kelebihan dia di mana. Dia bertanggungjawab, dia caring, dia bijak mengurus dan dia juga setia. 

Dan aku tau kurang dia di mana. Dia tak tahu berkomunikasi, dia rendah diri barangkali. Dia tidak bertindak, mungkin kerana dia takut. Dia kurang tahu, bukannya dia bodoh, tapi dia kurang pendedahan dan tak belajar banyak benda. Dan aku paling sangat merasakan dia belum jumpa direction, hala tuju terbaik untuk dia. 

Entah betul atau tak, wallahualam. 

Tapi aku ada semua itu. Aku boleh melengkapkan kelemahan dia dengan kelebihan aku kerana aku tahu kelebihan dia tu agak kurang ada pada aku. Bukan aku x bertanggungjawab langsung, tapi aku tak ada tanggungjawab. Bukan aku tak caring, tapi aku hidup sendiri...dengan siapa aku nak caring? Dan dua sifat itu, mengurus dan juga setia. Itu yang aku damba dambakan. 
Kalaulah CHEMAT tahu situasi ni...keadaan ni. betapa secocoknya aku dan dia (chewahhh). Tapi entahlah. Aku rasa dia tak tahu. atau mungkin buat2 tak tahu. Tapi serius aku tak main-main. Kehidupan aku dengan CHEMAT akan jadi sempurna sebab kami berdua sgt berbeza tapi saling memerlukan. Aku akan ajar dia cara berkomunikasi, aku akan buang rasa rendah diri dia sebab aku tahu dia sangat berharga. Aku akan ajarkan dan kenalkan apa yang dia patut tahu dan aku akan bantu dia mencari hala tuju hidup dia (dan sememangnya aku tak akan halang kalau sesuatu itu penting untuk masa depan dia). 

Mungkin aku silap mentafsir diri ko, tapi aku yakin dalam hati dan akal aku, ko dan aku saling LENGKAP MELENGKAPI. dan kalau itu terjadi, dah takde dah term KAU dan AKU...ia akan jadi KITA. hurmmmm.....

CHEMAT...bukalah mata. Ko bukan buta, ko just tak nampak.

Tuesday, February 8, 2011

Ulangminggu Pertemuan

10.47mlm, genap seminggu aku bertentang mata dengan dia (lepas 2 minit dia text kat aku [Aq naek pesona JLK****]. Kelakar ingatkan balik. Dia gubra, siap salah jalan & kene honk dengan mat singaporean sebab main pancung traffic light. Aku kalau boleh nak lupakan saja, tapi benda mcm ni aku kira sebagai ingatan yang manis. Tak salah aku kenang. 

Untuk itu aku hantar SMS tanda ingatan. Tak harapkan dia reply pon, at least dia tau aku ingat ; )

Tadi petang ada orang bisik kat aku 



"Dont look far, sometimes the someone that u r longing for is someone ..."

aku tak mau fikirkan, sebab menyakitkan kepala saja. Mungkin suatu hari nanti ayat ini sesuai untuk ditujukan kat Chemat. Hahahaha. Who knows!

Sunday, February 6, 2011

Akan ku tunggu

Aku dah buat keputusan untuk terus mencuba. Aku jadi ralat gilew kalau Chemat x bagi peluang kat aku langsung. Padahal aku yakin yang cinta kami nanti akan jadi yang terbaik. Tak ada yang canggung antara kami, semuanya melengkapi. Tapi masalah kat diri dia, dia yang tak yakin. Dia perlu masa untuk put trust kat aku. Aku kene banyak bersabar. Aku tak mahu asmara kami akan hancur jadi macam debu. Sebab dalam hati aku tau suatu hari akan ada masa untuk kita. Dah kering airmata aku kalau nak tangiskan. Entah kenapa hari demi hari makin yakin aku pada tindakan aku ini. Aku akan terus jadi hantu untuk menghantui dia. Aku mau dia tahu aku sentiasa ingat kat dia dan takkan melupakan dia.

Dia bilang dia tak mahu aku kecewa sebab tu dia tak mahu beri aku harapan. Aku tak mahu harapan! Aku mahu peluang, peluang saja untuk aku buktikan yang aku betul-betul bersungguh! Susah sangat bagi dia, mungkin sebab luka lama dia yang belum sembuh. Tak kah dia tau kalau dia terluka, aku sanggup jadi pembalutnya. kalau dia seliuh aku lah anduhnya, kalau dia tempang aku lah tongkatnya dan kalau dia lumpuh sekalipun akulah wheelchairnya. tapi aku berjanji semua itu takkan terjadi kat dia sebab aku tau aku mampu melindungi dia dari segala sakit derita tu semua. aku x gila, aku berfikiran waras sebab dalam lubuk hati aku ada tertanam rasa percaya yang kami mampu hidup berdua sebab aku tak suka bagi harapan, aku suka bagi peluang.

Aku tau mustahil untuk kami hidup berdua selamanya, atas sebab itu aku cuba menjadi realistik, aku takkan meletak janji yang bukan-bukan sebab aku hanya mahukan dia meneman aku dalam hidup yang tinggal sisa-sisa ni. kenapa ditakdirkan aku jatuh cinta kat dia? aku tak ada jawapannya. 
aku tak jatuh cinta sebab nafsu, aku tak jatuh cinta kerana fizikal. tapi aku jatuh cinta kerana dari dalam matanya aku tau dia menderita kesepian. sama seperti yang aku rasa. aku hanya mahu jadi sahabat terbaiknya sampai bila-bila.

aku tak pernah mengalami semacam ini, kesungguhan seperti ini, keyakinan seperti ini. Selama ini aku tutup pintu peluang kepada insan lain kerana ego aku, kerana selama ini aku belum berjumpa orang yang betul-betul membuat hati aku terikat. 

CHEMAT, aku tahu tindakan aku ini akan buat kau fikir aku gila, aku tak dapat terima hakikat dan macam-macam perkara dalam benak fikiran ko. Tapi percayalah, aku buat semua ini tak berkerana, sebab dalam mencinta aku tak suka berkerana. aku mahu kau tahu aku sentiasa mengingatimu...itu sahaja. soal pintu hati kau akan terbuka atau tak di masa akan datang, its about time. 

percayalah, aku yakin kaulah cinta yang aku cari. dan kau carilah kepastian dan keyakinan dalam diri kau. kau bukan sempurna, kau punya kelemahan yang aku mampu lindungkan, pulihkan. kita saling memerlukan. dan aku yakin aku takkan melukakan hati kau, takkan membiarkan kau menangis, aku hanya datang untuk memberi kebahagiaan untuk kau. kalaulah kau dapat baca isihati aku ini. aku akan tunggu hari di mana semua pintu hatimu akan terbuka luas untuk aku. titik!

* aku akan SMS dia setiap hari, sampai suatu saat kalau Allah tunjukkan yang dia bukan milikku, aku akan redha dan hentikan semua ini.










Tuesday, February 1, 2011

Perjalanan Untuk Memenuhi Ruang Kosong Dalam Perasaanku





Aku bukan shiap-shiapa dalam hidup dia. Aku cuma hadir secara tiba-tiba dan aku pasti aku takkan sekadar berlalu. Perasaan ini terlalu mendalam hingga aku tak mampu menipu diri sendiri. Aku tak minta perasaan ini, aku pernah cuba padamkan tapi tak berdaya. Apa semua ini? 

Ruang-ruang kosong yang masih msiteri dalam kotak hati aku ini perlukan jawapan. Jadi aku mahukan kepastian yang sebenar agar aku dapat bernafas lega.

Apa saja yang akan berlaku di masa akan datang aku sudah redha. Aku sudah terbiasa dibuang, ditinggalkan dilupai dan aku mampu hadapi semua itu. Yang aku tak mampu hadapi adalah ketidaktentuan. Kalau peluang untuk aku ada, aku mahu gunakan sebaik mungkin. Kedengaran gila, tapi aku betul-betul bersungguh sebab hanya dengan kesungguhan aku tidak akan menyesal jika gagal. 

Untuk itu aku nekad dengan keputusan aku. 

Chemat, aku akan je JB pagi ini.