terlalu cinta

Sunday, January 30, 2011

Ku Katakan Dengan Indah

 
KU KATAKAN DENGAN INDAH 
Kukatakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa

Yang berbeda
Mungkin kusalah
Mengartikannya
Yang kurasa cinta


* Tetapi hatiku

Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu

** Kau hancurkan hatiku

Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau terangi jiwaku

Kau redupkan lagih
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu


Membuatku terjatuh

Dan terjatuh lagi


** Membuatku merasakan

Yang tak terjadi

Semua yang terbaik
Dan yang terlewati
Semua yang terhenti
Tanpa kuakhiri


Kau hancurkan hatiku

Tak tertahan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau terangi jiwaku

Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu ...
--------
[ chemat amiklah masa scukupnya k, selesaikn mana2 yg belum sudah. Ni chemat dgn family, spend ur quality time k. Aku dah made up my mind, klu ada rezeki jumpalah kita. Mslh aku 2,3 hari ni dtg drpd aku sendiri. Kdg2 sikap budak2 aku ni mmg teruk. Sori sbb ganggu chemat. Chemat chillax n tcare, aku ada anytime klu ko perlukan 1org kwn ; ) u'll always be the last thing on my mind]

Aku titipkan SMS ini kepadanya. SMS itu yang terakhir (buat masa ini), dan aku hanya mahu dia bersendiri dan mencari ruang. Jika 5 hari tanpa panggilan, aku ambil keputusan untuk terus lupakan dia. Itu janji aku dan aku redha.

***

SMS terakhirnya sebelum aku bulatkan tekad. SMS ini juga SMS pertamanya tanpa <(#_!_#)>

[Cek **** jgn esau aq ok]

Saturday, January 29, 2011

Dari mana datangnya sayang?

[Aq da syng dye]

Itu yang dia tulis di status FB dia.  Cam shial je status nak kasik jantung aku gugur! Entah siapa yg dia maksudkan. Mungkin jugak bekas kekasih dia tu, mungkin juga orang lain. Aku? Mungkin tidak.


DARI MANA DATANGNYA SAYANG?

Cinta itu ibarat minuman yang memabukkan, 
Cinta itu satu kelaparan yang amat sangat,
Boleh juga menjadi satu kekenyangan yang amat
Cinta itu sulit untuk ditahan, sulit juga untuk dilepas
Cinta itu juga ibarat barah yang kian merebak
Cinta itu luka dan bisa menjadi kudis dan parut meninggalkan kesan,
Cinta itu sekeping kertas putih yang kau lakarkan dengan peristiwa, 
Cinta itu sebatang pen yang menari-menari mengikut rentak tarian hidupmu,
Cinta itu buta dan bisa membutakan, 
Cinta itu bisu dan bisa menulikan telinga,
Cinta itu perjuangan dalam pertempuran, 
Cinta itu pertempuran dalam keberadaan,
Cinta itu mahadaya, 
Cinta itu suatu perdaya, 
Cinta itu lagu yang berirama mengikut pemainnya, 
Cinta itu wayang yang sudah tertulis mula dan akhirnya, 
Cinta itu ibarat buah yang bisa gugur bila ranumnya,
Cinta itu pohon rendang yang bisa dibakar,
Cinta itu membuahkan rasa sayang

Tapi dari mana datangnya sayang?

aku memang penakut

Betullah. Orang macam aku ni lah yang paling susah nak kenal diri. Bodohnya aku jadi jejaka runsing sehari lebih ni. Bodoh sangat! Aku fikir Chemat sudah tak mau kawan dengan aku ever since aku texted macam tu kat dia. Selepas sehari lebih baru aku call dia. Dan tadi dia angkat dan hanya berkata dengan suara selamba, tiada apa-apa 

[Hello! Aku kat atas motor ni!]

 Argh!!! Perasaan aku selalu macam ni. Fikirkan yang bukan-bukan. Aku benci dowh perasaan ni. Serius!

To CHEMAT! Akan aku kira detik kau akan sms/call aku balik! 

....ada sesuatu dalam kepala ku. Sesuatu yang x betul!

Main2 la syes la

Prolog

Itu text pertama yang dia reply. Sebelum itu aku tulis thanks saja. Tapi yang ini dia balas. Dan akhirnya kami berkenalan. Itu seminggu yang lepas. Itulah detik bagaimana aku mula rasa syok sendiri. Malu pun ada. Aku ntah siapa-siapa, dia pula ada segalanya. Pendek kata aku umpama bermimpi di siang hari lah! 

Tapi aku anak jantan yang pantang menyerah!

Aku tebalkan muka untuk terus 'kacau' dia.  Aku harus buat. Sebab dia ada 4154 friends dalam FB. Aku? Suku daripada tu pun x sampai. Kemungkinan aku akan tenggelam dalam 4 ribu orang itu sangat tinggi. Dah tentu aku akan terus tenggelam lah. Pertama: Aku tak ensem. Kedua: Aku bukan shiapa-shiapa.

17 Januari 2011 itulah tarikh aku mula-mula cari penyakit. Parah!

Epilog

AKU
Chemat, dia ajk aku jumpa mlm ni. Aku kt KLCC tgh tunggu dia. Neves siot! Any idea aku nak control cool? Ermm

<(#_!_#)>
Ermmm cntrol3

AKU 
Wish me all de best k. :))

<(#_!_#)>
 Yep gudluck my bro.huhu
AKU
Tq chemat
Saat dia ketikkan "My Bro" macam-macam perkara bermain dalam fikiran aku. Banyak kemungkinan kenapa dia bahasakan my bro. Adakah dia pasrah sebab aku nak pergi date dengan org lain? Ataupun dia rasa melepas so dia pilih untuk anggap aku x lebih sebagai seorang abang (sedangkan sebelum ini dia anggap aku sebagai kawan). Kemungkinan peluang aku tertutup terus sangat tinggi sebab as 'abang', aku x boleh jadi kekasih dia. Unless sebagai 'sahabat', masih ada peluang. Tapi menerusi ini aku dapat tafsir, kini aku bukan lagi ntah shiapa-shiapa dalam hidup dia. 

***
Aku tamak. Masih tak puas hati dengan jawapan dia, aku susulkan pulak soalan lain. 

AKU
Hurm. Ko rasa patut x aku jumpa dia? Td petang dia ajk aku ckp aku nk fikir dulu. Try call ko x angkat. Aku sbnarnya neves ni

<(#_!_#)>
Try r low ko syg n suka at dy. wat pe yg tbaek r tok ko

AKU
Try? X suka r camtu. Dibuatnya aku x suka dia or dia x suka aku: buat sakit ati jek. Aku rasa aku nk wat cam biasa jek. Cam jumpe kwn biasa. Ok x?

<(#_!_#)>
Ah itu yg tbaek....bgus2
AKU
Tq chemat. Dia dh nk dtg. Mlm ni aku call ko ek

Dia support aku. Biasanya kalau orang frust, dia tak akan layan mesej camni. Kot-kot menyakitkan ati. Bila dia suruh aku 'try', sememangnya aku x suka benda ni. Aku tak suka main-main try. Benda camni melibatkan hati dan perasaan. Try and error benda yang aku cukup benci. 

Tengah aku berborak dengan si dia yang aku jumpa tu, CHEMAT sms aku. [Chamane? ok x dak uh?]. Dalam hati aku yabedabeduuu. Point pertama jealousy apabila dia masih fikirkan situasi aku walaupun dah lebih sejam aku berhubung dengan dia.

Aku tak balas sampailah si dia pergi tandas. Kemudian aku reply [ : (
CHEMAT tanya lagi [Cmane ok x?
Entah kenapa aku bodoh pergi reply
[Dia laen, mana nk sama dgn che mat sorang hehehehe]


dan SMS terakhirnya [Main2 la syes la]

Aku tak dapat apa-apa berita daripada CHEMAT sejak itu. 27 Jan pukul 10.43 malam. Sebetulnya malam itu aku nak call dia dan berborak. Tapi entah kenapa seseorang yang patut dia hindari tu angkat dan kata "CHEMAT dah tido". Hari ini 29 Jan, pukul 12 aku rasa aku patut buang ego dan hubungi dia. 

Aku tak patut main-mainkan perasaan dia!

Interlog
Yang sebenarnya malam itu aku tak date dengan shiapa-shiapa. Aku hanya ke KLCC untuk berjumpa seorang penerbit drama. Aku betul-betul nervous sebab aku nak pass skrip dekat orang itu. Sebab itu aku cakap aku tak nak main-main try. Perkara yang aku bikin ini business, kalau salah seorang tak suka...aku juga yang mati. 



Thursday, January 27, 2011

Biarlah

Malam ini aku bersidang suara dengannya setelah kali pertama Jumaat sore dan kali kedua Selasa pagi. 

***satu***
AKU
kau masih tinggal dengan dia?
CHEMAT 
ya
AKU
kenapa tak tinggalkan dia?
CHEMAT
biarlah..biarlah...
AKU
let me guess....duit?
CHEMAT
yup..biarlah...biarlah
AKU sedar aku tidak harus memaksa dia bersuara. Tapi aku yakin lantas ku bisikkan.
selepas langsai, tinggalkanlah dia

*** dua***
aku pura-pura kesedihanku tentang seseorang (yang tidak wujud). bukan niat mahu menipu. aku sekadar mau menguji

CHEMAT
ce cite, ce cite
AKU alihkan topik. buka rahsianya
CHEMAT bercerita kisah 4 tahun lepas. Tiada satu pun mengena denganku.
AKU
Dua tahun dengan dia?
CHEMAT
yup. aku susah nak lupakan dia. susah nak cari orang yang memahami
AKU diam. 

***tiga***
AKU
chemat, suatu hari nanti aku akan bawa kau naik kapal terbang. kita ke Indonesia!
CHEMAT
bestnyaa....
AKU berfikir sejenak dan berkata
Chemat, kita dah semakin jauh berkata-kata. Aku tak mahu berharap dan tak mahu berjanji. 
CHEMAT diam setelah mengiyakan. 

Sebelum bateri konked, dia sempat berjanji untuk bertemuku di Kota Lumpur. Aku sendiri bisingkan "Buat apa kenal dalam telefon saja kalau tak berjumpa bertentang mata!"

Kini aku takut mengira detik pertemuan itu.

CHEMAT berbisik kepadaku "Biarlah..". Aku faham!


Wednesday, January 26, 2011

Pernah Muda

Aku pernah muda, pernah terlanjur mempercayai. Pernah juga tenggelam mempamerkan
Semua kerana aku pernah muda. Kejadian ini nyata membuatku buntu. Apakah cukup sekadar mendengar suara mampu membuat aku terlena?

Aku pernah jatuh cinta dan kerana itu juga aku pernah merana. Sukar!


Sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti

walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku

penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

sejarah cinta dan hidupku

penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara

bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


***
bait-bait indah dari Mellyana Goeslaw



Tuesday, January 25, 2011

Aku Benci Perasaan Ini



Tak sering aku temukan sejenis rasa,
Sesuatu yang sukar aku layarkan, 
Tak sepi juga aku hapuskan sejentik masa,
Sesuatu yang entah bila aku hindarkan

Resah gelisah berpintal,
Bimbang terbayang berkusut, 
Emosi depresi bergulir
Sedih rindu bertanjak,
Aduh...
Semua yang sarat bertamu

Memang benar aku benci perasaan ini,
Setelah segala yang pernah aku lalui,
Mana mungkin aku dapat terus bertahan?

Jadi sudikah engkau temani aku?
Bila datang suatu teriak membisikkan "Aku benci perasaan ini"
Kerna aku tahu, denganmu aku bisa membenci tanpa ada sesal