Prolog

Itu text pertama yang dia reply. Sebelum itu aku tulis thanks saja. Tapi yang ini dia balas. Dan akhirnya kami berkenalan. Itu seminggu yang lepas. Itulah detik bagaimana aku mula rasa syok sendiri. Malu pun ada. Aku ntah siapa-siapa, dia pula ada segalanya. Pendek kata aku umpama bermimpi di siang hari lah!
Tapi aku anak jantan yang pantang menyerah!
Aku tebalkan muka untuk terus 'kacau' dia. Aku harus buat. Sebab dia ada 4154 friends dalam FB. Aku? Suku daripada tu pun x sampai. Kemungkinan aku akan tenggelam dalam 4 ribu orang itu sangat tinggi. Dah tentu aku akan terus tenggelam lah. Pertama: Aku tak ensem. Kedua: Aku bukan shiapa-shiapa.
Epilog
AKU
Chemat, dia ajk aku jumpa mlm ni. Aku kt KLCC tgh tunggu dia. Neves siot! Any idea aku nak control cool? Ermm
<(#_!_#)>
Ermmm cntrol3
AKU
Wish me all de best k. :))
<(#_!_#)>
Yep gudluck my bro.huhu
AKU
Tq chemat
Saat dia ketikkan "My Bro" macam-macam perkara bermain dalam fikiran aku. Banyak kemungkinan kenapa dia bahasakan my bro. Adakah dia pasrah sebab aku nak pergi date dengan org lain? Ataupun dia rasa melepas so dia pilih untuk anggap aku x lebih sebagai seorang abang (sedangkan sebelum ini dia anggap aku sebagai kawan). Kemungkinan peluang aku tertutup terus sangat tinggi sebab as 'abang', aku x boleh jadi kekasih dia. Unless sebagai 'sahabat', masih ada peluang. Tapi menerusi ini aku dapat tafsir, kini aku bukan lagi ntah shiapa-shiapa dalam hidup dia.
***
Aku tamak. Masih tak puas hati dengan jawapan dia, aku susulkan pulak soalan lain.
AKU
Hurm. Ko rasa patut x aku jumpa dia? Td petang dia ajk aku ckp aku nk fikir dulu. Try call ko x angkat. Aku sbnarnya neves ni
<(#_!_#)>
Try r low ko syg n suka at dy. wat pe yg tbaek r tok ko
AKU
Try? X suka r camtu. Dibuatnya aku x suka dia or dia x suka aku: buat sakit ati jek. Aku rasa aku nk wat cam biasa jek. Cam jumpe kwn biasa. Ok x?
<(#_!_#)>
Ah itu yg tbaek....bgus2
AKU
Tq chemat. Dia dh nk dtg. Mlm ni aku call ko ek
Dia support aku. Biasanya kalau orang frust, dia tak akan layan mesej camni. Kot-kot menyakitkan ati. Bila dia suruh aku 'try', sememangnya aku x suka benda ni. Aku tak suka main-main try. Benda camni melibatkan hati dan perasaan. Try and error benda yang aku cukup benci.
Tengah aku berborak dengan si dia yang aku jumpa tu, CHEMAT sms aku. [Chamane? ok x dak uh?]. Dalam hati aku yabedabeduuu. Point pertama jealousy apabila dia masih fikirkan situasi aku walaupun dah lebih sejam aku berhubung dengan dia.
Aku tak balas sampailah si dia pergi tandas. Kemudian aku reply [ : ( ]
CHEMAT tanya lagi [Cmane ok x?]
Entah kenapa aku bodoh pergi reply
[Dia laen, mana nk sama dgn che mat sorang hehehehe]
dan SMS terakhirnya [Main2 la syes la]
Aku tak dapat apa-apa berita daripada CHEMAT sejak itu. 27 Jan pukul 10.43 malam. Sebetulnya malam itu aku nak call dia dan berborak. Tapi entah kenapa seseorang yang patut dia hindari tu angkat dan kata "CHEMAT dah tido". Hari ini 29 Jan, pukul 12 aku rasa aku patut buang ego dan hubungi dia.
Aku tak patut main-mainkan perasaan dia!
Interlog
Yang sebenarnya malam itu aku tak date dengan shiapa-shiapa. Aku hanya ke KLCC untuk berjumpa seorang penerbit drama. Aku betul-betul nervous sebab aku nak pass skrip dekat orang itu. Sebab itu aku cakap aku tak nak main-main try. Perkara yang aku bikin ini business, kalau salah seorang tak suka...aku juga yang mati.
No comments:
Post a Comment